by Oh! Semput
Industri televisyen global mencatatkan peningkatan ketara pada suku pertama 2026 dengan penghantaran sebanyak 50.3 juta unit, naik 6% berbanding tahun sebelumnya.
Berdasarkan laporan Omdia, lonjakan ini didorong oleh persediaan besar-besaran menjelang Piala Dunia 2026, apabila peruncit meningkatkan stok untuk memenuhi permintaan yang melonjak.
Pertumbuhan paling pesat berlaku di Asia & Oceania yang menyaksikan peningkatan sebanyak 13% serta Amerika Latin (+12%).
Amerika Utara turut mencatatkan kenaikan (+11%), dipacu oleh promosi berkaitan Piala Dunia dan persaingan sengit antara peruncit, termasuk usaha Walmart mempromosikan Vizio OS.
Namun, pasaran di China didapati merosot walaupun terdapat langkah rangsangan awal.

Dari segi harga pula, Omdia mendapati harga TV setakat ini masih kekal stabil walaupun kos memori meningkat ekoran persaingan sengit antara jenama.
TV dengan teknologi RGB LED muncul sebagai pesaing premium kepada OLED, dengan 39,400 unit dihantar pada Q1 2026.
TCL dan Hisense memacu penerimaan teknologi ini di China yang dijual jauh lebih murah dari pesaing sekali gus dijangkakan lebih banyak model akan dilancarkan.
Sepak mula Piala Dunia 2026 dijadualkan akan bermula pada 11 Jun 2026 ini.
{suggest}
Pengguna Di Asia Paling Ramai Beli TV Baru Menjelang Piala Dunia 2026 WISER.MY.