“Pengorbanan Bella Buat Saya Yakin”

by Oh! Semput


17
SHARES
217
VIEWS
Posted on 15 Sep 2016 03:00:02

Manis sungguh luahan hati Nazim Othman terhadap isterinya, Bella Dally atau nama sebenarnya sebenarnya Nabilah Ali Dally apabila dia menyifatkan pasangan hidupnya itu sebagai seorang yang sangat penyabar.

BACA: Di Sekitar Majlis Pernikahan Nazim Othman, Bella Dally

“Dia ‘hero’ saya kerana sangat bertoleransi. Pengorbanan dan kesetiaannya buat saya yakin dia jodoh saya. Bella gadis yang sangat istimewa, dia sahaja boleh faham dan tahan dengan saya”

“Lebih terharu apabila dia sentiasa ada di saat susah senang termasuk ketika saya terlantar di hospital,” jelasnya kepada Harian Metro. Malah Nazim turut menyatakan rasa syukur kerana majlis pernikaha telah pun selesai dan berjalan dengan lancar.

Disoal tentang kerjaya Bella selepas berkahwin ini, Nazim menjelaskan bahawa dia tidak akan menghalang minat isterinya namun perlu tahu batas demi menjaga nama baik keluarga.

Apa pun, semoga kehidupan berkeluarga pasangan pengantin baru ini akan terus bahagia dan dilimpahkan rezeki. Selepas selesai nikah, kini fasa seterusnya yang ditunggu peminat pastinya adalah pasangan ini dengan cahaya mata pula. (rtky/s)

1-pengorbanan-bella-buat-saya-yakin-rotikaya 2-pengorbanan-bella-buat-saya-yakin-rotikaya 3-pengorbanan-bella-buat-saya-yakin-rotikaya 4-pengorbanan-bella-buat-saya-yakin-rotikaya 5-pengorbanan-bella-buat-saya-yakin-rotikaya 6-pengorbanan-bella-buat-saya-yakin-rotikaya

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts