by Oh! Semput
Video pengumuman rasmi pengisytiharan Hari Raya Aidilfitri 2017 bersamaan 1438H. Seperti sedia malam, tarikh mencerap anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh Hari Raya Puasa ditetapkan pada petang Sabtu, 24 Jun 2017 bersamaan 29 Ramadan 1438 Hijrah selepas waktu Asar. Justeru, Hari Raya Aidilfitri secara rasmi dijangka jatuh pada Ahad 25 Jun 2017 bersamaan 1 Syawal 1438H. Majlis Raja-Raja mempersetujui cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi). Pada masa yang sama, penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam ini Jumaat 24 Jun 2017 selepas jam 8 malam tarikh Hari Raya Puasa melalui radio dan televisyen.

Tarikh Rasmi Hari Raya Aidilfitri 2017-1438H
Pengumuman raya akan diumuman pada jam 8.00 Malam ini Sabtu 24 Jun 2017. Tarikh rasmi Hari Raya dijangka jatuh pada Ahad 25 Jun 2017. Bagaimanapun, pihak kami akan kemaskini video pengumuman raya 2017 selepas jam 8.00 malam ini.Pihak kami merakamkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri 2017 kepada seluruh umat muslim di Malaysia. Selamat bercuti dan selamat berhari raya.