by Oh! Semput
Xiaomi telah memperkenalkan sistem operasi generasi baharu, HyperOS 4 bagi telefon pintar mereka termasuklah bagi jenama REDMI.
Membawakan transformasi menyeluruh dari segi prestasi sistem, reka bentuk antaramuka (UI), integrasi ekosistem, serta keupayaan kecerdasan buatan (AI), kemas kini ini dibina bagi memberikan pengalaman penggunaan yang lebih lancar, responsif, dan pintar.
Walaupun tarikh keluaran rasmi untuk kemas kini tersebut masih belum diumumkan, tapi Xiaomi sudah pun berkongsikan sejumlah ciri-ciri baharu yang akan diperkenalkan pada HyperOS 4.
Dari sudut prestasi, Xiaomi menjanjikan HyperOS 4 dengan peningkatan kelajuan sistem yang akan menjadikan peranti lebih pantas dihidupkan, operasi yang lebih responsif dan lancar diguna untuk tempoh masa yang lama.
Ia hasil daripada keupayaan HyperOS mengekalkan lebih banyak aplikasi di latar belakang tapi menggunakan sumber memori pada kadar yang lebih rendah.
Kepantasan HyperOS 4 juga berkat daripada integrasi kecerdasan buatan (AI) Super Xiao Ai 2.0 di mana ciri pramuat memori (AI memory preloading) meramalkan dan mengatur secara proaktif, menyediakan ingatan mengikut keperluan.
Ini sekali gus meningkatkan ruang RAM sedia ada walau selepas penggunaan berpanjangan sehingga berbulan-bulan lamanya.

Xiaomi juga mengesahkan bahawa antaramuka HyperOS 4 akan menampikan rekaan Liquid Glass.
Elemen UI baharu ini akan bertindak balas kepada cahaya, warna latar belakang dan kandungan sekeliling semasa.
Namun, menurut laporan, kesan penuh Liquid Glass hanya tersedia pada peranti dengan Snapdragon 8 Elite dan yang lebih baharu, XRING O1, XRING O3 dan Dimensity 9500 dan pemproses yang lebih baharu.
Ini kerana, Xiaomi telah membina sekatan perkakasan ke dalam kod pembangunan bagi kesan Liquid Glass ini.
Jadi, jika sekatan ini kekal dalam keluaran akhir, peranti lain yang disokong mungkin mendapat HyperOS 4 tanpa set lengkap kesan visual yang sepatutnya.
HyperOS 4 turut memperkenalkan Super XiaoAi 2.0, pembantu AI berasaskan model besar Xiaomi MiMo.
Perubahan utama adalah peralihan daripada jawapan satu arahan kepada penyelesaian tugas yang lebih aktif.
Xiaomi menggelarkan pendekatan baharu ini sebagai cara AI bekerjasama dengan pengguna merentasi aplikasi, peranti, jadual, dokumen dan alatan rumah pintar.
Kebanyakan fungsi ini adalah sebahagian daripada Mod Pakar (Expert Mode), yang hanya akan tersedia pada peranti terpilih dan memerlukan Super XiaoAi versi 8.1 atau lebih baharu.

HyperOS 4 yang berasaskan Android 17 dijangka akan dilancarkan secara global pada September 2026 akan datang.
Namun, Xiaomi telah menjadualkan versi beta HyperOS 4 untuk peranti terpilih secara berperingkat bermula 14 Ogos ini, seterusnya 27 Ogos dan 17 September 2026 ke lebih banyak model telefon pintar mereka.

{suggest}
Ciri Penuh Liquid Glass HyperOS 4 Mungkin Hanya Untuk Peranti Xiaomi Terbaru sahaja WISER.MY.