Penularan Pertussis, Jangan Cium Bayi

by Oh! Semput


5
SHARES
65
VIEWS
Posted on 07 Aug 2017 04:00:58

Penularan Pertussis, Jangan Cium Bayi

KKM mengesan hampir 1,600 individu termasuk bayi tidak mendapat suntikan vaksin atau imunisasi pada tahun lalu. (Gambar: pusatimunisasi.com)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan dua kes pertussis atau batuk kokol di kesan di Sabah baru-baru ini melibatkan dua beradik bukan warganegara Malaysia masing-masing berusia dua tahun dan 11 bulan. 

Kedua-dua mereka bagaimanapun dilaporkan berada dalam keadaan stabil di Hospital Keningau, maka KKM meminta orang ramai tidak berasa khautir dengan kejadian tersebut. Jabatan Kesihatan Sabah telah mengambil langkah sewajarnya untuk berhadapan kes tersebut termasuk meningkatkan aktiviti pencegahan dan kawalan di lapangan. 

"KKM akan sentiasa memantau kejadian penyakit cegahan vaksin ini termasuk pertussis. Seperti dimaklumkan, orang ramai tidak perlu merasa khuatir kerana kejadian di Sabah ini adalah terpencil. 

"KKM bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah akan terus memantau kejadian ini serta meningkatkan aktiviti pencegahan dan kawalan bagi memastikan penularan tidak berlaku," kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. 

APA ITU PERTUSSIS? 

Pertussis atau batuk kokol adalah penyakit cegahan vaksin yang disebabkan oleh bakteria iaitu bordetella pertussis. Kuman itu disebarkan melalui udara semasa pesakit bersin atau batuk dan menjangkiti mulut, hidung serta tekak. Ia boleh menjangkiti semua orang tanpa mengira usia. 

Lazimnya mereka yang dijangkiti akan mengalami batuk berpanjangan dalam tempoh satu sehingga dua minggu. Ia boleh berlarutan sehingga dua bulan. 

Batuk yang teruk dan berpanjangan itu menyebabkan pesakit menjadi kebiruan kerana tidak sempat bernafas. Keadaan itu boleh juga mengakibatkan sawan kerana bekalan oksigen ke otak berkurangan. Malah, komplikasi teruk seperti radang paru-paru, radang otak dan kematian boleh berlaku.

MANGSA DISAHKAN TIADA IMUNISASI 

Siasatan KKM dalam kes dua kanak-kanak di Sabah tersebut bagaimanapun mendapati mereka tidak pernah mendapatkan imunisasi pertussis.

Situasi itu sekali gus mengesahkan fakta bahawa bayi dan kanak-kanak yang tidak mendapat imunisasi lengkap adalah golongan yang paling berisiko tinggi untuk dijangkiti penyakit berkenaan. Pertussis sebenarnya boleh dielakkan dengan pemberian imunisasi. Ia diberi kepada kanak-kanak pada umur 2, 3, 5 dan 18 bulan. 

Apabila seseorang kanak-kanak telah mendapat pelalian pertussis yang lengkap dijangkiti kuman ini, mereka hanya akan mengalami gejala ringan tanpa risiko komplikasi. Wabak pertussis dalam komuniti boleh dicegah dengan memastikan liputan imunisasi pertussis sentiasa melebihi 95 peratus pada setiap masa. 

Liputan imunisasi yang tinggi dapat memberikan perlindungan kepada komuniti melalui kesan imuniti kelompok. 

RAMAI IBU BAPA BERPENDIDIKAN TINGGI TOLAK IMUNISASI ANAK

Namun, apa yang membimbangkan, KKM mengesan hampir 1,600 individu tidak mendapat suntikan vaksin atau imunisasi pada tahun lalu.

Lebih membimbangkan, kes seumpama itu meningkat saban tahun dan rata-rata ibu bapa yang tidak mahu anak mereka diberi suntikan itu pula adalah dalam kalangan mereka yang tinggal di bandar dan berpendidikan tinggi. 

Justeru, setiap ibu bapa adalah bertanggungjawab untuk memastikan anak-anak mereka mendapat pelalian pertussis yang lengkap mengikut jadual yang ditetapkan. Malah, perkhidmatan imunisasi bagi kanak-kanak itu boleh diperolehi dengan mudah di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta.

NASIHAT TAMBAHAN JANGAN CIUM BAYI 

Mereka yang bergejala penyakit itu diminta sentiasa mengamalkan adab batuk dan bersin iaitu menutup mulut serta mencuci tangan selepas batuk bagi mencegah penularan jangkitan kepada orang lain. 

Mereka yang bergejala juga dinasihatkan supaya tidak mencium bayi kerana bayi berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan pertussis.

: Siakapkeli

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts