Penunggang Basikal Maut Kepala Digilis Tayar Traktor Ladang

by Oh! Semput


8
SHARES
98
VIEWS
Posted on 28 Jul 2017 18:01:09

TAWAU – Seorang penunggang basikal maut selepas kepalanya digilis tayar sebuah traktor ladang yang membawa muatan benih kelapa sawit di Batu 17 Tass, jalan masuk ke Blok 31 dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata dalam kejadian pukul 7 pagi itu mangsa yang maut seorang lelaki berusia 18 tahun beralamat Batu 17, Jalan Apas.

“Siasatan awal mendapati kejadian berpunca apabila pemandu traktor cuba mengelak sebuah kenderaan yang berhenti dalam keadaan bertentangan arus dan pada masa sama pemandu traktor tidak menyedari kehadiran mangsa yang berbasikal di sebelah kanan traktornya.

“Ekoran itu belakang traktor bergesel dengan bahagian depan basikal dan mangsa terjatuh, kepalanya digilis tayar traktor,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. – BERNAMA

Loading...

: Siakapkeli

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts