Perikatan Nasional (PN) Pahang Mungkin Boleh 'Tutup Kedai' Selepas Bercerai, Slogan 'Teraju Pahang' Kini Hanyalah Tinggal Laungan Sahaja

by Oh! Semput


3
SHARES
40
VIEWS
Posted on 10 Jun 2026 16:31:59

BERA : Slogan Perikatan Nasional (PN) 'Teraju Pahang' hanya tinggal laungan sahaja dan mereka dijangka menyelusuri laluan berliku selepas PAS memutuskan hubungan dengan BERSATU baru-baru ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ‘perpisahan’ itu dilihat semakin tipis untuk menawan Pahang dalam pilihan raya umum akan datang.

“Saya dapati usaha mereka, yang mereka uar-uarkan nampaknya menghadapi jalan yang complicated. Jalan yang berliku-liku dan ini berlaku setelah mereka menolak Bersatu dalam PN.

“Sama ada (slogan) PN Teraju Pahang itu sudah boleh ‘tutup kedai’, yang itu kita boleh buat tafsiran sendirilah,” katanya ketika diminta mengulas berkaitan perkembangan terkini susulan pengumuman PAS Isnin lalu yang menamatkan hubungan politik dengan Bersatu dalam PN

Wan Rosdy berkata demikian ketika ditemui sejurus merasmikan majlis pelancaran Inisiatif Makmur Pahang – Buku Rujukan dan Latihan SPM, STPM, STAM Bagi Tahun 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Purun, Bera hari ini.

Dalam masa sama, Wan Rosdy secara sinis mempersoalkan nasib slogan ‘PN Teraju Pahang’ yang menjadi antara jenama utama kempen pembangkang sebelum ini.

Semalam, Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang, Zulfadli Zakariah berkata, seluruh jentera pemuda di negeri itu akan memberikan komitmen sepenuhnya untuk menjayakan 'Misi PAS Teraju Pahang'.

Malah PAS Pahang memaklumkan pihaknya akan terus menggunakan slogan ‘PN Teraju Pahang’ walaupun hubungan parti itu dengan BERSATU sudah berakhir. #malaysiagazette 

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts