Meta Perkenal Meta Glasses, Hadir Dalam Tiga Rekaan Bingkai

by Oh! Semput


3
SHARES
34
VIEWS
Posted on 23 Jun 2026 14:30:23

Meta kini memperkenalkan Meta Glasses, barisan cermin mata pintar baharu yang dipasarkan di bawah jenamanya sendiri. Walaupun tidak membawa jenama Ray-Ban, Meta masih meneruskan kerjasama dengan EssilorLuxottica bagi membangunkan barisan produk baharu ini.

Meta Glasses hadir dalam tiga rekaan bingkai iaitu Adventurer, Fury dan Meta Glasses by Kylie, dengan keseluruhan 26 pilihan gaya yang merangkumi pelbagai warna, bingkai dan lensa. Ia juga menyokong penggunaan lensa preskripsi, membolehkan pengguna memilih rekaan yang sesuai dengan keperluan masing-masing.

Seperti model Ray-Ban Meta sebelum ini, Meta Glasses masih mengekalkan fungsi yang menjadi identiti cermin mata pintar Meta. Ia dilengkapi pembesar suara terbuka (open-ear), sistem berbilang mikrofon dengan pengurangan bunyi angin, rakaman foto dan video secara bebas tangan serta butang khas untuk mengakses Meta AI.

Meta Glasses turut menjadi cermin mata AI pertama Meta yang dilancarkan dengan Meta AI berasaskan Muse Spark. Model AI baharu daripada Meta Superintelligence Labs itu menawarkan keupayaan multimodal yang dipertingkat, membolehkan AI memahami apa yang sedang dilihat pengguna selain membantu pelbagai tugasan harian seperti mendapatkan maklumat, mengurus jadual dan memberikan cadangan berdasarkan persekitaran.

Dari segi penggunaan, Meta mendakwa baterinya mampu bertahan melebihi lapan jam untuk satu cas, manakala bekas pengecas yang disertakan menyediakan sehingga 40 jam penggunaan tambahan. Bagi rakaman video, setiap klip boleh dirakam sehingga tiga minit, atau satu minit bagi rakaman Stories. Lampu LED pada bingkai pula akan menyala ketika kamera sedang merakam bagi memaklumkan orang di sekeliling.

Selain itu, Meta turut mengumumkan beberapa ciri yang akan diperkenalkan menerusi kemas kini akan datang, termasuk Dynamic Photo yang merakam beberapa gambar secara automatik sebelum mencadangkan hasil terbaik, navigasi pejalan kaki dengan panduan arah langkah demi langkah serta sokongan 14 bahasa tambahan untuk ciri terjemahan masa nyata.

Pengenalan Meta Glasses dilihat sebagai usaha Meta memperluaskan pilihan produk cermin mata pintarnya, di samping mengukuhkan lagi portfolio peranti AI di bawah jenamanya sendiri.

Harga dan ketersediaan

Meta Glasses mula dijual di beberapa negara terpilih bermula hari ini menerusi Meta.com serta beberapa peruncit terpilih seperti Amazon, Best Buy, LensCrafters dan Sunglass Hut. Harganya bermula AS$299 (~RM1,238) untuk model standard, manakala Meta Glasses by Kylie bermula pada AS$399 (~RM1,652).

{suggest}

Meta Perkenal Meta Glasses, Hadir Dalam Tiga Rekaan Bingkai WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts