RTM Perkukuh RTMKlik Dengan Kawalan Geo-Lokasi Pelbagai Lapisan Susulan Isu Akses Guna VPN

by Oh! Semput


2
SHARES
28
VIEWS
Posted on 16 Jun 2026 14:30:20

Radio Televisyen Malaysia (RTM) memaklumkan pihaknya telah memperkukuh keselamatan RTMKlik susulan laporan berkaitan akses siaran Piala Dunia FIFA 2026 menggunakan Rangkaian Persendirian Maya (VPN) dari luar negara.

Dalam satu kenyataan, RTM berkata langkah tersebut melibatkan kawalan geo-lokasi pelbagai lapisan bagi melindungi hak siaran eksklusif yang dimiliki di Malaysia serta menjaga kepentingan pelaburan dalam industri kreatif tempatan.

Menurut RTM, pemantauan serta penambahbaikan teknikal turut dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan kestabilan platform dan pengalaman tontonan yang optimum sepanjang kejohanan berlangsung.

Sebagai pemegang hak siaran Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia, RTM menegaskan komitmennya untuk memastikan perkhidmatan tersebut dapat dinikmati dengan lancar oleh penonton tempatan selaras dengan hak penyiaran yang telah diperoleh.

{suggest}

RTM Perkukuh RTMKlik Dengan Kawalan Geo-Lokasi Pelbagai Lapisan Susulan Isu Akses Guna VPN WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts