BYD Akan Perlihatkan Robot Pertama Mereka Pada Bulan Ogos Ini

by Oh! Semput


4
SHARES
48
VIEWS
Posted on 30 Jul 2026 14:03:59

BYD kini berkongsi menyatakan akan memperkenalkan robot berbentuk manusia pertama mereka secara rasminya pada bulan Ogos ini, iaitu dalam hanya beberapa minggu sahaja lagi.

BYD pada hari ini sedia terkenal dengan penawaran kenderaan elektrik mereka. Namun, sebelum ini mereka telah beberapa kali menyatakan hasrat dalam pembangunan robot, dan turut melakukan pelaburan tinggi dalam arena kecerdasan buatan dan robotik. Dengan penyertaan dan pengenalan robot pertama ini, ia sekaligus akan memposisikan BYD lebih awal berbanding Tesla yang masih belum memasarkan robot mereka lagi.

Selain BYD dan Tesla, beberapa pengeluar kenderaan lain turut dilihat memfokuskan kepada pelaburan melibatkan robotik ini. Antaranya adalah termasuk Xpeng dan juga Xiaomi – yang masing-masing telah memperlihatkan konsep robot berbentuk manusia mereka.

Di China sahaja, arena robotik dilihat bergerak pantas, dan beberapa robot telah mula ditawarkan secara komersil di pasaran sana. Perkembangan pesat juga membawa kepada kemajuan dalam pembangunan robot masing-masing, disamping pada masa yang sama menjadikan kos pengeluarannya rendah.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts