UM Nafi Pernah Anugerahkan PhD Kepada Azizan

by Oh! Semput


6
SHARES
73
VIEWS
Posted on 29 Sep 2016 08:01:23

UMFoto oleh FMT

PETALING JAYA: Universiti Malaya (UM) hari ini menafikan ia pernah menganugerahkan ijazah doktor kehormat kepada seorang perunding motivasi, Azizan Osman, yang menghasilkan beberapa buku mengenai pemasaran dan menganjurkan seminar motivasi.

Dalam laman web syarikat Richworks Group of Companies yang diketuainya, Azizan mendakwa beliau dikurniakan ijazah falsafah kedoktoran (PhD) daripada UM.

Sebuah lagi laman web mempromosikan dirinya sebagai seorang yang luas dalam pemasaran dan pengiklanan mendakwa beliau mendapat kelulusan MBA dan PhD dalam bidang pengurusan “dari sebuah universiti tempatan” pada 2009.

Bagaimanapun, UM hari berkata pihaknya tidak pernah menganugerahkan ijazah itu kepada Azizan.

“Pihak universiti dengan ini menegaskan bahawa kami tidak pernah menganugerahkan gelaran ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan kepada Encik Azizan Osman,” kata kenyataan ringkas.

Penafian oleh Universiti Malaysia (UM) berkenaan status pengurniaan ijazah kehormat PhD kepada AzizanPenafian oleh Universiti Malaysia (UM) berkenaan status pengurniaan ijazah kehormat PhD kepada Azizan

Menurut laman web Azizan, antara mereka yang pernah mengikuti program motivasi beliau termasuk pelakon dan pengarah filem, Afdlin Shauki.

“Masalahnya ramai orang tidak tahu atau tidak sedar yang mereka tidak ada ilmu perniagaan yang sebenar daripada usahawan dan jutawan yang telah terbukti berjaya serta telah terbukti telah membantu ramai usahawan lain untuk berjaya! Saya sendiri belajar daripada Dr Azizan bagaimana membina perniagaan saya!” menurut testimonial yang diterbitkan laman itu.

Seorang lagi pelakon, Heliza Helmi, dipetik sebagai berkata:

“Program Dr Azizan sangat-sangat menyentuh hati saya dan benar-benar memberi impak yang positif kepada diri saya.”

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts