by Oh! Semput
Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau lebih mesra disapa Dr Fie mengakui sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini terasa sedikit janggal buat dirinya selepas tidak lagi bergelar isteri.

Memetik laporan Gempak, Dr Fie tetap bersyukur kerana masih berpeluang meluangkan masa bersama keluarga tersayang.

Berkongsi lanjut, Dr. Fie menjelaskan setiap anaknya menunjukkan reaksi berbeza terhadap perubahan yang berlaku dalam keluarga mereka.
Menurutnya, anak sulung dilihat lebih santai dan tidak terlalu memikirkan situasi tersebut, berbeza dengan anak kedua yang lebih sensitif serta sering mengajukan soalan berkaitan keadaan keluarga.
Dalam masa sama, Dr. Fie menegaskan dia sentiasa menjawab pertanyaan anak-anak dengan tenang tanpa memburukkan bekas suaminya, Nubhan Ahmad.

Sementara itu, dia berharap kedua-dua pihak dapat meneruskan kehidupan masing-masing dengan bahagia meskipun tidak lagi bersama.
Artikel lain: Dirisik selepas habis iddah? Dr Fie akui tak mahu tutup pintu hati – “Kalau Allah kata jodoh itu dia…”
Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan perceraian pasangan itu selepas meneliti lafaz talak yang dibuat di luar mahkamah.
Hakim Umamuddin Yunus memutuskan lafaz talak kali kedua yang dilafazkan oleh Nubhan pada 26 Ogos lalu adalah sah menurut hukum syarak serta undang-undang keluarga Islam.
Untuk rekod, Nubhan Ahmad dan Dr. Fie mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille, 3 tahun.
: Gempak (Asyraf Roslan)