by Oh! Semput
Pejam celik sudah hampir setahun pelakon cantik Fasha Sandha berpisah dengan bekas suaminya Rizal Ashram Ramli atau Jejai.
Apa yang pasti, ramai wanita kagum dengan Fasha Sandha yang kelihatan tenang sahaja selepas perpisahan tersebut.
Menurut Fasha, status ibu tunggal yang kini digalas juga sudah diterima dengan hati yang redha.
Bukan senang nak jadi ibu tunggal kepada 2 cahaya mata dan tidak langsung menunjukkan kelemahan diri.
Untuk wanita tunggal terhebat di luar sana, ini 5 pesanan power dari Fasha Sandha untuk anda. “Jangan tunjuk kita lemah”.
“Memang bukan mudah menjadi seorang ibu tunggal. Pelbagai persepsi masyarakat yang perlu ditimbang-tara tetapi, sebagai wanita moden kita tidak boleh tunjukkan kelemahan diri atau rasa teraniaya.
“Setiap wanita yang bergelar ibu tunggal seperti kita perlu kuat kerana apabila kita kuat tidak ada apa yang boleh menindas dengan sewenang-wenangnya.
“Saya juga memegang prinsip; jangan biar orang pijak kepala dan berani bersuara demi kepentingan diri sendiri.
“Lawan segala rasa sedih yang membelenggu dengan menyibukkan diri seperti memenuhi tuntutan kerjaya dan berjumpa dengan kawan-kawan baru.
“Anggap segala apa yang berlaku sebagai dugaan, jangan patah semangat dan teruskan kehidupan.
Baca lagi: Fasha Sandha Kongsi Pengalaman Diejek Bertubuh Besar