Pesara Tentera Maut Dalam Kebakaran Rumah Di Raub

by Oh! Semput


3
SHARES
42
VIEWS
Posted on 28 Sep 2026 04:30:41

Seorang pesara tentera berusia 80 tahun maut selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran yang memusnahkan rumahnya di Kampung Kuala Dong, Raub, malam tadi.

Mangsa, Abdul Hamid Jaafar, dipercayai berada di ruang tamu ketika kebakaran berlaku kira-kira jam 9.55 malam. Isterinya yang berusia 76 tahun bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Mohd Razam Taja Rahim berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub tiba di lokasi kira-kira jam 10.20 malam sebelum operasi memadam kebakaran dijalankan.

Api berjaya dikawal sekitar jam 10.40 malam. Selepas keadaan dipastikan selamat, anggota bomba melakukan pemeriksaan di dalam rumah sebelum menemukan mangsa di bahagian ruang tamu.

Abdul Hamid dipercayai mengalami kecederaan melecur akibat terdedah kepada bahang api yang kuat. Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Seramai 20 anggota bomba dari BBP Raub, Sungai Koyan dan Lipis terlibat dalam operasi pemadaman. Kebakaran itu menyebabkan kira-kira 80 peratus struktur rumah mengalami kerosakan.

Operasi keseluruhan tamat kira-kira jam 2.13 pagi. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Berita pemergian Abdul Hamid turut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Fadzli Mohamad Kamal yang hadir ke lokasi selepas menerima maklumat mengenai kejadian.

Beliau menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang kini berdepan kehilangan insan tersayang dalam kejadian kebakaran tersebut.

Pesara Tentera Maut Dalam Kebakaran Rumah Di Raub first appeared on #1 The News Malaysia.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts