773 Peserta Di Negeri Sembilan Dapat Lesen Memandu Kelas B2

by Oh! Semput


3
SHARES
45
VIEWS
Posted on 25 Nov 2016 08:01:08

PORT DICKSON – Seramai 773 peserta di Negeri Sembilan mendapat Lesen Memandu Percubaan (P) Kelas B2 menerusi program 1Komuniti 1JPJ pada tahun ini, kata Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan Rosilan Mat Sari.

Beliau berkata 350 peserta di Gemencheh mendapat lesen mereka pada Mei lepas, manakala 224 peserta di Port Dickson akan menerimanya esok dan baki 199 peserta lagi di Jelebu pada 17 Dis ini.

“Majlis penyampaian lesen berkenaan kepada 224 peserta diadakan esok di Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson,” katanya kepada pemberita selepas program kemasyarakatan JPJ Negeri Sembilan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan negeri yang juga ADUN Bagan Pinang Datuk Hairudin Abu Bakar.

Bersempena majlis itu, JPJ turut mengadakan perkhidmatan kaunter, pendaftaran anggota Skuad Muda JPJ, pameran agensi kerajaan dan nasihat teknikal kenderaan serta pendaftaran calon myLesen Kelas B2.

Rosilan berkata program 1Komuniti 1JPJ memberi peluang kepada penduduk berusia 45 tahun ke atas memperoleh lesen motosikal jenis B2 secara lebih mudah.

Katanya pihaknya merancang memperluas program ‘1Komuniti 1JPJ’ ke kawasan bandar tahun depan, setelah program itu mendapat sambutan menggalakkan di kawasan kampung.

Sementara itu, Hairudin berkata 20 keluarga miskin di sekitar DUN Bagan Pinang menerima barangan keperluan harian bersempena program kemasyarakatan JPJ Negeri Sembilan hari ini.

Katanya langkah dilaksanakan JPJ iaitu turun padang dan menghulur sumbangan merupakan satu pendekatan dialu-alukan.

“Kita tidak lagi boleh duduk di pejabat, tetapi kita perlu lebih proaktif dalam mencari dan mendekati golongan ini,” katanya. – BERNAMA

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts