Selesama merupakan satu jangkitan yang kerap dialami oleh bayi disebabkan sistem imunisasi yang rendah. Ia berpunca daripada serangan virus di saluran pernafasan bayi. Selalunya selesema berjangkit melalui udara atau sentuhan.
Ada banyak cara untuk merawat selesema bayi. Antara satunya adalah dengan memberinya makan ubat daripada klinik. Namun, pada usia bayi yang masih kecil, saya berpendapat amat kesian jika awal-awal usianya lagi sudah diberikan ubat. Kalau jumpa doktor yang prihatin pun, tentu dia kata ubat tak sesuai untuk bayi di bawah usia 2 tahun, kan?
Sebenarnya ada pelbagai alternatif ibu boleh cuba tanpa perlu ke klinik. InsyaAllah dengan niat yang baik, bayi boleh sembuh walaupun akan mengambil masa sedikit dan ibu perlu banyak bersabar. Ibu boleh try petua merawat selesema bayi tanpa perlu ke klinik yang saya kongsikan ni ya. Petua ni saya dapat hasil perkongsian pengalaman ibu-ibu di group Mommies Chat Room.
#Petua 1: Gunakan Garlic Oil
Bahan-bahan untuk sediakan Garlic Oil: 1 labu bawang putih, bakar tanpa minyak sampai keperangan dan ketuk ala-ala manja, cukup sekadar terbelah sedikit. Masukkan ke dalam minyak zaitun. Ibu boleh ramas-ramas sikit agar pati bawang putih tu bercampur dengan minyak. Kemudian sapukan di dada, belakang dan tapak kaki bayi sekerap yang boleh. Bawang putih adalah antibiotik semulajadi yang boleh membantu si comel
SUMBER ASAL
Related News