Piala Presiden 2017 : PKNP FC ‘Kecewa’ Walaupun Tewaskan Sabah

by Oh! Semput


7
SHARES
86
VIEWS
Posted on 31 Jul 2017 13:01:49

Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) berjaya menundukkan Sabah 2-0 dalam perlawanan terakhir kumpulan B saingan Piala Presiden 2017 di Stadium Mini 1 Malaysia Chemor, Perak.

Kemenangan tersebut tidak begitu menggembirakan skuad PKNP FC kerana tidak berjaya melayakkan diri ke pusingan suku akhir apabila gagal menamatkan saingan dalam kedudukan 4 pasukan teratas.

PKNP FC memperoleh jaringan seawal minit ke-7 hasil sepakan penalti yang dihadiahkan akibat kekasaran pertahanan Sabah, Jenuin Karib terhadap Muazzim Abd Khalil dalam kotak penalti.

Muazzim yang mengambil sendiri sepakan tersebut dengan tenang menewaskan penjaga gol lawan untuk jaringan pendahuluan buat PKNP FC.

Sabah yang dibimbing Justin Ganai cuba bangkit dengan melakukan beberapa gerakan yang mengancam pertahanan PKNP FC namun Muhammad Mazni Khairul Hasnan yang mengepalai barisan pertahanan tenang mengawal keadaan.

Penjaring gol pertama, Muazzim terus mempamerkan aksi bertenaga di bahagian sayap kanan pasukan PKNP FC apabila kerap kali larian deras beliau berjaya mengatasi pertahanan Sabah.

Hantaran silang yang dilakukan Muazzim pada minit ke-41 disambar dengan kemas oleh Sasikumar A/L Chanteran bagi jaringan kedua buat skuad bimbingan Pugelenthi A/L Arunasalam ini.

PKNP FC terus meningkatkan tempo permainan bagi melebarkan penguasaan pada babak kedua dan mendominasi aksi di babak kedua.

Ketangkasan Masran di gawang Sabah serta kegopohan penyudah menggagalkan usaha pemain PKNP FC bagi menambah jaringan.

Perlawanan turut dicemari beberapa pergeseran kecil diantara pemain Pengadil bertugas, Mohd Azwan Mohamad berjaya mengawal keadaan dengan baik.

Keputusan kekal hingga tamat permainan dengan keputusan 2-0 memihak buat tuan rumah.

Senarai pemain :

PKNP FC 

Shafiq Afifi Suhaimi (Penjaga Gol), Ahmad Azraei Omar, Muhammad Mazni Khairul Hasnan (Ketua Pasukan), Mohamed Sabir Abdul Salim, Mohamad Syamim Baharuddin (Muhd Aidil Adha Masri), Nohfitri Ahmad, Muhammad Aizzat Maidin Kotty, Mohamad Adzem Mansor (Ranggi Oftawan Osman) (Muhammad Fitri Salamat), Muazzim Abd Khalil, Sasikumar A/L Chanteran & Muhammad Saiful Rizal Termize

Sabah

Masran Masri (Penjaga Gol & Ketua Pasukan), Eddey Ladius, Renilson Batuil (Mohd Danishaizz Anuar), Sullan Elvis Noh, Jenuin Karib (Mohd Syafiq Mohd Salleh), Stanley Sulong, Mohd Radzji Saad, Mohd Nur Khairuddin Herlambang (Yuseddy Yusiman) , Mohd Azmizan Ruslih, Muhammad Zaki Sapri & Fazile Jamileh

 

Piala Presiden 2017 : PKNP FC ‘Kecewa’ Walaupun Tewaskan Sabah Semuanya BOLA.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts