by Oh! Semput
Pihak Berkuasa di Taiwan kini telah menghalang pengambil-alihan FoodPanda di negara tersebut, oleh Grab. Hal ini adalah disebabkan kerisauan melibatkan persaingan setelah diambil-alih, dan mungkin membawa kepada monopoli Grab di negara tersebut.

Sebelum ini, pada bulan Mac lepas, Grab telah menyatakan hasrat untuk membeli operasi FoodPanda di Taiwan pada nilai $600 juta, sekaligus membolehkan Grab memasuki pasaran tersebut. Namun, pihak berkuasa Taiwan menyatakan kesan ia kepada persaingan lebih tinggi berbanding kelebihan ekonomi yang dibawakan oleh pengambil-alihan ini.
Grab kecewa dengan perkara ini, dan menyatakan mereka akan terus memfokuskan sumber dan modal dalam terus memacu perluasan dan penawaran mereka di rantau ini.