by Oh! Semput
Kajian mengenai kemungkinan pelaksanaan pilihan raya bagi pihak berkuasa tempatan (PBT) bukan inisiatif DAP, sebaliknya dilakukan oleh sebuah universiti awam terkemuka.
Menurut laporan BH Online, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata bahawa kajian itu dijalankan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Foto arkib: Bernama
Menurut beliau, kajian berkenaan telah bermula sejak Disember tahun lalu di bawah pengurusan bekas menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Wilayah Persekutuan.

Foto arkib: Bernama
Hannah berkata demikian pada sidang media selepas majlis menandatangani Nota Kerjasama antara Jabatan Wilayah Persekutuan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, hari ini.
Artikel lain: Kenapa takut dengan kajian? Kita perlu data, fakta tepat – Hannah Yeoh
Sementara itu, beliau menjelaskan masih belum menerima hasil kajian berkenaan dan sedang menunggu sebelum membuat keputusan sama ada Jabatan Wilayah Persekutuan perlu meminda akta, dengan kertas Kabinet akan disediakan untuk dimaklumkan kepada Jemaah Menteri selepas itu.
Sebelum ini, Hannah memaklumkan bahawa sejak Disember lalu, UIAM sedang menjalankan kajian berhubung pelaksanaan pilihan raya PBT di ibu kota, termasuk proses pemilihan Datuk Bandar Kuala Lumpur.
: BH Online (Mohd Iskandar Ibrahim dan Ilah Hafiz Aziz)