Pintu Rundingan PAS-PPBM Ditutup – Mohd Amar

by Oh! Semput


3
SHARES
38
VIEWS
Posted on 22 Mar 2017 07:00:54

PAS

KOTA BHARU: PAS menutup pintu rundingannya dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) selepas parti itu menyertai Pakatan Harapan.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata tindakan itu dibuat selaras dengan syarat PAS kepada mana-mana pihak yang ingin bekerjasama dengannya iaitu tidak menjalin sebarang hubungan dengan seteru politiknya iaitu DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

“…kira tutup bukulah. Sebab itu pendirian parti, daripada awal pun memang jelas,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, Selasa.

Pada Isnin, Pakatan Harapan sebulat suara menerima PPBM sebagai anggota terbaharu gabungan itu selepas majlis presiden gabungan itu memutuskan perkara tersebut dalam mesyuaratnya di Kuala Lumpur.

Ditanya mengenai pertemuan dengan PPBM sebelum ini, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata ia hanya berkisar mengenai pandangan parti itu terhadap beberapa perkara.

“Sebelum ini kita lebih kepada berbincang, tak ada rundingan betul lagi.

Kita hanya berbincang idea-idea, isu-isu…itu sahaja. Tapi belum sampai ke peringkat serius dan muktamad.

“Kita di peringkat pusat pun, memang asas berunding masa itu ialah selagi PPBM tidak bersama dengan Pakatan Harapan. Itu yang kita boleh runding. Bila dia (PPBM) sudah rasmi (sertai Pakatan Harapan), jadi putuslah (hubungan),” katanya. — Bernama

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts