by Oh! Semput
DJI kini melancarkan Osmo Pocket 4P untuk pasaran China, kira-kira sebulan selepas kamera itu diperkenalkan buat pertama kali sempena Festival Filem Cannes.
Osmo Pocket 4P hadir dengan sistem dwi-kamera yang menggabungkan sensor utama 1 inci bersama lensa telefoto. Kamera utama menggunakan sensor CMOS 1 inci dengan teknologi LOFIC, apertur f/2.0 dan panjang fokus 20mm, manakala lensa telefoto menggunakan sensor 1/1.28 inci, apertur f/1.8 serta panjang fokus 60mm.

Melalui kamera telefoto tersebut, Osmo Pocket 4P menyokong zum optikal 3x dan zum digital sehingga 12x. DJI turut menyertakan rakaman video 10-bit, mod warna D-Log 2 serta sistem penstabilanĀ mekanikal 3 paksi dengan ciri penjejakan subjek pintar.

Bagi rakaman video, kamera ini mampu merakam sehingga resolusi 4K/60fps dan gerak perlahan (slow-motion) sehingga 4K/240fps. Untuk fotografi, ia menyokong rakaman imej beresolusi 37MP serta mod Panorama.
Osmo Pocket 4P turut dilengkapi skrin sentuh berputar 2 inci dengan kecerahan puncak sehingga 1,000 nits. Kamera seberat 230 gram itu juga mempunyai tiga mikrofon terbina, storan 103GB yang boleh diperluaskan sehingga 1TB melalui kad mikroSDĀ serta sokongan USB 3.1 dengan kelajuan pemindahan data sehingga 800MB/s.

Dari segi ketahanan bateri, DJI menyertakan kapasiti 1,545mAh dengan sokongan pengecasan pantas. Menurut syarikat itu, bateri boleh dicas daripada 0% ke 80% dalam tempoh sekitar 18 minit, manakala pengecasan penuh mengambil masa kira-kira 32 minit.
Selain rakaman video, kamera ini turut menyokong penstriman langsung melalui Wi-Fi 6, fungsi kamera web, persidangan video dan penjanaan timecode untuk aliran kerja penghasilan kandungan yang lebih profesional.

Di China, Osmo Pocket 4P ditawarkan pada harga bermula 3,799 yuan (~RM2,282) untuk Standard Kit, manakala Vlog Kit dijual pada harga 4,299 yuan (~RM2,583).
Osmo Pocket 4P dijangka memasuki pasaran global tidak lama lagi. Di Malaysia, kamera gimbal ini telah menerima pensijilan SIRIM pada 10 Jun lalu, menandakan pelancaran tempatan juga semakin hampir.

{suggest}
DJI Osmo Pocket 4P Dilancarkan Di China, Dilengkapi Sistem Dwi-Kamera WISER.MY.