Polis Cekup Dua Lelaki Bersama Dadah Lebih 1.3 Kilogram Di Kawasan Parkir Plaza Tol Maran

by Oh! Semput


8
SHARES
107
VIEWS
Posted on 08 Mar 2026 20:02:03


MARAN: Dua lelaki ditahan bersama dadah jenis heroin dianggarkan lebih 1.3 kilogram di kawasan parkir Plaza Tol Maran di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, suspek berusia 24 dan 36 tahun itu ditahan kira-kira jam 12.15 tengah malam ketika berada dalam sebuah kereta jenis Honda City.

Menurutnya, kehadiran suspek di lokasi itu dikesan hasil risikan terperinci pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran.

"Hasil pemeriksaan ke atas kereta digunakan, polis berjaya menemui dan merampas tiga bungkusan plastik berisi serbuk dan ketulan disyaki dadah jenis heroin dengan anggaran berat lebih 1.3 kilogram," katanya.

Kim Wai berkata, kesemua barang kes termasuk kereta digunakan suspek dirampas untuk siasatan lanjut.

"Bertindak atas maklumat diperoleh, sepasukan pegawai dan anggota BSJN IPD Maran telah menyerbu lokasi itu sebelum berjaya menahan kedua-dua suspek.

"Kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," ujarnya.

Sementara itu katanya, Polis Maran tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dengan aktiviti dadah di daerah itu. #SinarHarian

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts