Polis Siasat Dakwaan Polis Bantuan Tendang Pembantu Kedai Selepas Video Tular

by Oh! Semput


4
SHARES
50
VIEWS
Posted on 03 Jul 2026 11:31:43

Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka siasatan berhubung satu rakaman video tular yang memaparkan seorang anggota polis bantuan didakwa menendang kepala seorang pembantu kedai di sebuah pasar borong di bandar raya ini selepas dipercayai tersilap menganggap mangsa sebagai pencuri.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Azrul Hisham Mohd Shaffei berkata, pihaknya mengesan video berkenaan di media sosial sebelum semakan mendapati satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa pada jam 5.42 petang, semalam.

Menurut beliau, mangsa merupakan lelaki tempatan berusia 26 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai, manakala siasatan awal mendapati suspek ialah seorang lelaki tempatan yang bertugas sebagai polis bantuan di pasar borong berkenaan.

Beliau berkata, tindakan suspek dipercayai berpunca daripada salah sangka apabila mangsa disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri, namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti keseluruhan kronologi kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Dalam masa sama, pihak polis akan memohon Perintah Untuk Menyiasat (OTI) bagi melengkapkan siasatan dan mendapatkan keterangan daripada individu yang berkaitan.

Azrul Hisham turut menasihatkan orang ramai supaya tidak terus menyebarkan rakaman video kejadian atau membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan serta menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden tersebut diminta menghubungi Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323 bagi membantu siasatan.

Polis Siasat Dakwaan Polis Bantuan Tendang Pembantu Kedai Selepas Video Tular first appeared on #1 The News Malaysia.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts