Projek Wakaf Sejuta Al-Quran: Malaysia hantar 40,000 naskhah ke Washington, Ivory Coast & Ghana

by Oh! Semput


11
SHARES
141
VIEWS
Posted on 06 Feb 2026 17:04:54

Malaysia hari ini menghantar 40,000 naskhah al-Quran berserta terjemahan ke Washington, Amerika Syarikat; Ivory Coast dan Ghana, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan negara dalam menyebarkan nilai Islam dan ilmu al-Quran ke seluruh dunia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hassan, berkata penghantaran itu dilaksanakan melalui Kompleks Nasyrul Quran dengan kerjasama Yayasan Restu serta penyumbang wakaf.

Projek Wakaf Sejuta Al-Quran, Malaysia hantar 40,000 naskhah

alt

Jelas beliau, inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada projek Solidariti Wakaf Sejuta al-Quran, yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi menyebarkan risalah al-Quran dengan terjemahan pelbagai bahasa ke seluruh dunia.

“Penghantaran al-Quran ini bukan sekadar misi logistik, tetapi satu amanah dakwah dan kemanusiaan.
Ia melambangkan peranan Malaysia sebagai rakan strategik dalam memperkukuh kefahaman Islam yang rahmatan lil ‘alamin di peringkat global,” kata, hari ini.

alt

Setakat ini, beliau berkata Malaysia telah menghantar al-Quran dengan terjemahan pelbagai bahasa ke lebih 40 negara.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Yayasan Restu, Datuk Dr Abdul Latiff Mirasa, menyifatkan penghantaran itu sebagai sebahagian daripada komitmen yayasan dalam menyokong aspirasi Malaysia sebagai hab percetakan, penterjemahan dan pengedaran al-Quran bertaraf antarabangsa.

“Penghantaran ini melengkapkan 553,966 naskah yang sudah disalurkan ke beberapa negara melalui pelbagai agensi dan organisasi,” kata beliau.

alt

Artikel lain: Malaysia perluas terjemahan al-Quran ke 30 bahasa tambahan, dibawa ke seluruh dunia – PM Anwar

Penghantaran kali ini meliputi 20,000 naskhah al-Quran dengan terjemahan Bahasa Inggeris, Bahasa Sepanyol Eropah dan Bahasa Sepanyol Latin ke Amerika Syarikat, manakala 20,000 lagi al-Quran dengan terjemahan Bahasa Perancis dan Inggeris dihantar ke Ivory Coast dan Ghana.

alt

Langkah ini sekali lagi menegaskan usaha Malaysia dalam menyebarkan mesej Islam yang rahmatan lil ‘alamin ke seluruh dunia melalui pendekatan dakwah dan kemanusiaan.

: FB Zulkifli Hasan, BERNAMA

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts