EH! Promosi Oktober 2016

by Oh! Semput


HOME Posted on 01 Oct 2016 05:00:31



Hush Puppies

Beg Tangan Hush Puppies

BERNILAI RM 5,918

hush-puppies

Tahun 1958 Hush Puppies mencipta fenomena baru dengan ciptaan kasut gaya kasual dan lembut tanpa mengenepikan keselesaan pemakai, sesuai pula digayakan setiap masa tidak kira jantina mahupun umur. Dengan lebih 18 juta pasang kasut terjual setiap tahun di 160 buah negara di seluruh dunia, Hush Puppies adalah jenama global dan ikon yang cukup terkenal. We invented casual merupakan kempen musim luruh/sejuk 2016 buat Hush Puppies. Kempen ini menghidupkan maksud sebenar Hush Puppies iaitu fesyen kasual yang disukai ramai. Setiap rekaan yang dihasilkan untuk kempen ini amatlah mudah digayakan dengan reka bentuknya yang cukup cantik untuk diperagakan pada setiap majlis dan tentu sekali selesa dipakai. Apabila kita dalam keadaan selesa dan yakin pada diri, tentu sekali senyuman merupakan sentuhan terakhir untuk menyerlahkan diri anda bukan? Malah, beg tangan Hush Puppies untuk musim ini turut datang dalam pelbagai gaya mengikut keselesaan penggemar Hush Puppies dan antaranya adalah beg galas, beg sandang, tote bag dan sebagainya. Kunjungilah kedai kasut Hush Puppies untuk melihat
koleksi terbarunya.

Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!

Tempoh penyertaan : 1 – 31 Oktober 2016

Click here if you have issue accessing the promo form above

Lakme

Set produk Lakme

BERNILAI RM 5,930.40

lakme

Bedak asas memainkan peranan penting dalam solekan harian kita. Permukaan serta warna kulit yang rata dan mulus membuatkan wajah tampil lebih menawan. Dan kerana itu penting untuk kita menggunakan bedak asas yang sesuai dengan wajah. Baik dari pemilihan warna yang sesuai dengan ton kulit serta kesan pemakaian yang tahan lama biar dalam apa jua waktu dan cuaca.
Memperkenalkan LAKMÉ ABSOLUTE MATTREAL™ SKIN NATURAL MOUSSE yang berfungsi sebagai primer dan asas solekan untuk memudarkan segala ketidaksempurnaan pada wajah sambil menutup liang pori. Tekstur mousse yang lembut dan inovatif ini meluncur mudah pada permukaan kulit wajah tanpa meninggalkan kesan melekit mahupun ketidakselesaan pada si
pemakai. Malah, LAKMÉ ABSOLUTE MATTREAL™ SKIN NATURAL MOUSSE juga membantu melindungi kulit daripada terdedah kepada sinaran UV dan dapat bertahan sehingga 16 jam.

Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!

Tempoh penyertaan : 1 – 31 Oktober 2016

Click here if you have issue accessing the promo form above

Paco Rabanne

Set Wangian Paco Rabanne Lady Million

BERNILAI RM 6,260

paco-rabanneLady Million Privé, wangian yang membangkitkan aroma sensual dan mempesona, sesuai untuk wanita yang menawan. Hasil ciptaan Anne Flipo yang terkini, Lady Million Privé terdiri daripada kombinasi kuntuman Heliotrope, aroma vanila yang manis dan berkrim serta raspberry yang menghidupkan nadi sensual haruman ini. Pada nota asas, bau biji koko yang lembut tampil dahulu
diikuti oleh aroma madu yang manis dan patchouli dengan serta-merta memberi efek yang cukup menakjubkan seolah-olah anda diselubungi angin Sirocco yang menggiurkan. Lady Million Privé, wangian terkini yang menjadi rebutan ramai.

Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!

Tempoh penyertaan : 1 – 31 Oktober 2016

Click here if you have issue accessing the promo form above

Safi Rania

Set produk Safi Rania

BERNILAI RM 5,900

safi-rania

Bersempena pelancaran video muzik Raniaku, SAFI turut memperkenalkan produk baharu SAFI RANIA GOLD yang diperkaya dengan formulasi DUO EMAS 24K iaitu Esen Emas Keremajaan SAFI RANIA GOLD, Serum Konsentrasi Plus SAFI RANIA GOLD dan Semburan Booster & Penyegar SAFI RANIA GOLD. Formulasi DUO EMAS 24K ini merupakan gabungan BIO NANO EMAS 24K dan FLAKE EMAS 24K bersama PROTEIN SUTERA. Formulasi ini bukan sahaja memelihara struktur luaran malah meliputi struktur dalaman kulit wajah ajar keremajaan dapat dipelihara dengan lebih efektif. Apabila usia meningkat, daya tahan kulit untuk mengunci lembapan juga berkurangan lantas menyebabkan kulit kering, kasar dan hilang keanjalan. Oleh itu, Esen Emas
Keremajaan SAFI RANIA GOLD dengan formulasi DUO EMAS 24K menjadikan kulit lebih lembut dan menyediakan kulit untuk menyerap produk seterusnya. Serum Konsentrasi Plus SAFI RANIA GOLD pula boleh digunakan untuk meningkatkan keanjalan serta memperlahankan kemunculan garis- garis halus. FLAKE EMAS 24K di dalam rangkaian terbaru ini bertindak sebagai antioksidan untuk menghalang radikal bebas dari merosakkan kulit. Bagi mereka yang bekerja ataupun sentiasa terdedah dengan cuaca panas, semburan Booster & Penyegar SAFI RANIA GOLD dapat memberikan lembapan berganda pada kulit agar wajah segar bermaya sepanjang masa. Malah, ia juga bertindak untuk mengekalkan solekan anda!

Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!

Tempoh penyertaan : 1 – 31 Oktober 2016

Click here if you have issue accessing the promo form above

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News