Proses Menebus Budi95 Menggunakan MyKad Baharu Berbeza Dengan MyKad Lama

by Oh! Semput


3
SHARES
33
VIEWS
Posted on 17 Sep 2026 07:00:32

Semalam rekaan baharu MyKad diperlihatkan secara rasmi sempena Hari Malaysia. MyKad baru ini boleh dipohon bermula 17 September 2026, di lebih 40 cawangan JPN seluruh negara. MyKad sedia ada masih boleh digunakan seperti biasa, dan masih tiada arahan untuk penggantian sepenuhnya MyKad sebelum ini buat masa ini.

Jika anda sudah menerima MyKad baharu kelak, harus diingatkan proses menebus subsidi BUDI95 dan BUDIDiesel adalah berbeza dengan proses sekarang. MyKad perlu dimasukkan terbalik pada terminal membaca kad di pam minyak. Ini kerana cip pada MyKad baharu terletak di bahagian belakang.

Walaupun terdapat sistem NFC terbina pada MyKad baharu, sistem NFC ini tidak boleh digunakan untuk pengesahan identiti secara sentuhan pada terminal pam minyak seperti disokong kad debit dan kredit.

JPNHQOfficial

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts