Proton Teruskan Pencarian Rakan Strategik

by Oh! Semput


3
SHARES
43
VIEWS
Posted on 27 Mar 2017 05:00:51

Pencarian rakan strategik asing (FSP) Proton Holdings Bhd masih diteruskan dan syarikat menyasarkan untuk menamatkannya pada akhir Jun 2017, menurut DRB-Hicom Bhd.

Dalam kenyataan hari ini, DRB-Hicom mengesahkan semua pembida masih dalam saingan untuk menjadi FSP Proton.

“Kami telah mengumumkan sebelum ini bahawa proses mencari FSP adalah rumit dan DRB Hicom mahu memastikan FSP yang dipilih akan menguntungkan semua pihak,” katanya.

DRB-Hicom berkata ia akan meneruskan proses penilaian dan membawa masuk FSP yang akan meningkatkan kedudukan Proton pada masa akan datang.

“Kami akan membuat pengumuman mengenainya selepas proses tersebut selesai,” katanya.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts