by Oh! Semput

“Rasulullah saw biasa memilih untuk berpuasa pada hari Isnin dan Khamis.”Hadis Riwayat an-Nasai’e no. 2360 dan Ibnu Majah no.1739.
“Jika engkau ingin berpuasa tiga hari setipa bulannya, maka berpuasalah pada tanggal 13, 14 dan 15 (dari bulan Hijrah).”Hadis Riwayat Tirmizi no.761 dan an-Nasai’e no.2424.
“Puasa yang paling disukai oleh Allah adalah puasa Nabi Daud. Solat yang paling disukai Allah adalah solat Nabi Daud. Baginda biasa tidur separuh malam, dan bangun pada sepertiganya, dan tidur pada seperenamnya. Baginda biasa berbuka sehari dan berpuasa sehari.”Hadis riwayat Bukhari no.3420 dan Muslim no.1159.
“Nabi saw tidak berpuasa pada satu bulan yang lebih banyak dari bulan Sya’aban. Nabi saw biasa berpuasa pada bulan Sya’aban seluruhnya.”Hadis riwayat Bukhari no.1970 dan Muslim no.1156.
“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia seperti berpuasa setahun penuh.”Hadis Riwayat Muslim no.1164.
“Rasulullah saw biasa berpuasa pada sembilan hari awal Zulhijjah, pada hari ‘Asyura’ (10 Muharram), berpuasa tiga hari setiap bulannya…”Hadis Riwayat Abu Daud no 2437.
“Nabi saw ditanya mengenai keutamaan puasa Arafah? Baginda menjawab, ‘Puasa Arafah akan menghapus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.’ Baginda juga ditanya mengenai keistimewaan puasa Asyura? Baginda menjawab, ‘Puasa ’Asyura akan menghapus dosa setahun yang lalu’.”Hadis riwayat Muslim no. 1162.
“Puasa yang paling utama setelah (puasa) Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah – Muharram. Sementara solat yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam.”(Hadis riwayat Muslim no.1163).