Che Ta Bawa Pulang Kereta Raya Jenama Haval Dengan Plat Nombor RQ2174

by Oh! Semput


7
SHARES
97
VIEWS
Posted on 23 Jun 2017 06:00:57

Tuah ayam nampak di kaki, tuah Rozita Che Wan dapat berhari raya dengan kereta baru. Memang murah sungguh rezeki Che Ta apabila dihadiahkan sebuah kereta berjenama Haval H2 sebagai penghargaan menjadi duta jenama itu sejak Oktober tahun lalu. Bestnya berhari raya dengan kereta baru. Alhamdulillah.

Tambah menarik, plat nombor kereta Haval ini juga sangat special iaitu RQ2174. Ia membawa makna Rozita. Amboi. Memang matching dan sesuai sangat-sangat. Tahniah Che Ta atas hadiah yang sangat istimewa ini. Kata Che Ta:-

Alhamdulillah saya tidak menyangka dapat sebuah kereta dengan nombor pendaftaran nama saya sendiri. Haval bukan jenama asing bagi saya dan saya mengikuti perkembangan kereta itu sejak dilantik menjadi duta. Tentang harga nombor pendaftaran itu diuruskan oleh pihak Haval.

che ta raya

Pastinya sambutan Aidilfitri Che Ta sekeluarga akan bertambah meriah dengan kehadiran kereta baru ini. Apa-apa pun diharap Che Ta memandunya dengan cermat dan berhati-hati. Tahniah sekali lagi kepada Che Ta atas penerimaan hadiah ini. Semoga Che Taw akan terus mengekalkan mutu kerja mantap sehingga disayangi dan dihargai seperti ini.
habib raya

P.S: Cepat-cepat jangan lepaskan peluang keemasan dan tawaran hebat dari HABIB ini. Khas untuk pembaca Beautifulnara, dapatkan diskaun RM3 untuk setiap gram emas dan pelbagai lagi diskaun dengan memasukkan email anda dihttps://rantaiankasih.habibjewels.com/beautifulnara. Silalah bersegera ke cawangan HABIB berdekatan anda. Sempat lagi nie nak shopping barang kemas sebelum balik kampung.

: Beautifulnara

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts

Copyright © Oh! Semput 2018