Adi Putra Fail Cerai Isteri Pertama?

by Oh! Semput


6
SHARES
79
VIEWS
Posted on 20 Mar 2017 02:00:38

adi putra
Cover image via Rotikaya

Jika pada tahun 2012 Adi Putra pernah memfailkan penceraian terhadap isteri pertamanya, Aida Yusof (namun ditarik balik), menurut sumber, Adi sekali lagi memfailkan penceraiannya itu pada 3 Mac lalu.

Menurut laporan portal berita tersebur, pendaftaran penceraian tersebut dilakukan di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur. Sementara itu usaha untuk mendapatkan kenyataan Adi berhubung perkara tersebut juga gagal kerana kini dia sedang sibuk menguruskan jemaah umrah di Mekah.

Adi dan Aida telah mendirikan rumah tangga tahun 2006 dan mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Nama Adi sekali lagi menjadi perhatian apabila gambar perkahwinan rahsianya tersebar pada tahun lalu.

Apa pun yang dilalui Adi Putra ketika ini, pastinya empunya diri mempunyai jawapan yang tersendiri dalam mengharungi dugaan demi dugaan dalam berumahtangga.

Baca lagi: “Perkahwinan Ini Satu Anugerah” – Adi Putra

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts