Qualcomm Memperlihatkan Butiran Lanjut Tentang Cip Snapdragon C

by Oh! Semput


4
SHARES
47
VIEWS
Posted on 13 Aug 2026 10:31:21

Qualcomm telah memperkenalkan siri cip pemprosesan mampu-milik untuk komputer riba dan tablet mereka, iaitu Qualcomm Snapdragon C pada pertengahan tahun ini sebagai cara untuk bersaing dengan komputer riba mampu milik MacBook Neo.

Terkini, nampaknya Qualcomm telah memperlihatkan beberapa butiran baru tentang cip pemprosesan tersebut, Ia nampaknya akan tampil menggunakan teras CPU Kryo dengan lapan teras fizikal terbina, dan akan menggunakan teras grafik Adreno dengan NPU (cip AI) Hexagon.

CPU Snapdragon C ini akan hadir dengan kelajuan teras tunggal setinggi 3.0GHz dan kelajuan multi-teras 2.0GHz, dengan cip grafik Adreno mencatatkan kelajuan 900MHz. Buat masa ini, kemampuan NPU Hexagon belum diperlihatkan lagi. Selain daripada itu, cip pemprosesan ini juga dilihat boleh menyokong sehingga 16GB memori LPDDR5 dan storan SSD NVMe PCIe 3.0, UFS 2.2 dan UFS 3.1. Dari segi sambungan nirwayar pula, cip ini menyokong WiFi6E dan Bluetooth 6.0.

Dari segi prestasi pula, Qualcomm mengatakan bahawa cip Snapdragon C mempunyai prestasi 67 peratus lebih baik dan 2.1 kali lebih cekap dalam penggunaan kuasa bateri berbanding dengan cip pemprosesan Intel N250. Mereka juga mengatakan bahawa jenama-jenama komputer riba terkemuka seperti Acer, ASUS, HP dan Lenovo akan menjadi antara jenama pertama yang akan tampil dengan model komputer riba yang menggunakan cip ini.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts