by Oh! Semput
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, peguam akan akan menyampaikan suatu surat tuntutan terhadap penulis blog Raja Petra Kamaruddin berhubung satu artikel yang didakwa memfitnah beliau.
Rafizi berkata, walaupun rekod awam menunjukkan bahawa Raja Petra adalah seorang muflis sejak 2001, tindakan undang-undang adalah perlu untuk menegakkan kebenaran.
“Jika saya berjaya (dalam saman saya), saya tidak akan dapat menuntut apa-apa. Malah, saya masih perlu membayar yuran guaman.
“Saya lakukan ini bukan untuk wang. Saya hanya mahu kebenaran,” kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.