Rafizi Nafi Terima Wang Dari Datuk John Soh Chee Wen

by Oh! Semput


8
SHARES
105
VIEWS
Posted on 14 Apr 2017 08:00:40

Rafizi

PUCHONG: Rafizi Ramli dalam satu kenyataan menafikan dakwaan Raja Petra bahawa beliau menerima wang dari ahli perniagaan, Datuk John Soh Chee Wen. Beliau tampil dengan akuan berkanun untuk menafikan tuduhan tersebut.

“Saya minta mana-mana pihak untuk membuat laporan polis dan siasat saya. Jika saya ada betul ambil wang dari orang yang berkenaan. “

Raja Petra pada 8 April mendakwa Soh, yang kini ditahan pihak berkuasa Singapura yang menyiasat peranan beliau dalam kejatuhan pasaran saham pada 2013, pernah menyalurkan berjuta-juta ringgit kepada Rafizi dan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution, di samping beberapa pemimpin kanan PKR lain.

“Zaid Ibrahim sahaja sebanyak RM6 juta. Manakala Rafizi dan Saifuddin Nasution menerima habuan mencecah angka RM20 juta,” tulis Raja Petra dalam laman blognya, Malaysia Today minggu lalu.

Raja Petra juga mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan portal Free Malaysia Today turut menerima wang daripada Soh.

“Anwar Ibrahim menerima wang lebih banyak daripada angka tersebut, begitu juga Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah.”

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts