Rakaman Lelaki Kecewa Dengan Isterinya Membunuh Diri Secara Langsung Di Facebook

by Oh! Semput


7
SHARES
96
VIEWS
Posted on 17 Mar 2017 22:00:44

Jakarta - Seorang lelaki yang dipercayai amat kecewa dengan isteri dan anaknya didapati telah membunuh diri dengan merakamkan video ketika kejadian secara langsung melalui facebook.

Sekadar Hiasan

Menerusi laporan dari laman liputan6.com, lelaki yang dikenali sebagai Indra itu telah membuat satu rakaman video secara langsung semasa kejadian melalui akaun facebook yang dipercayai miliknya dengan nama Pahinggar Indrawan.

Dalam kejadian pada Jumaat, 17 Mac, kira-kira jam 10 pagi itu, Indra telah menggantungkan dirinya dengan menggunakan tali sambil merakam video tersebut.

Difahamkan, sebelum dia didapati mati, menerusi rakaman yang berdurasi satu minit itu, Indra memaklumkan bahawa dia telah ditinggalkan oleh isterinya yang sehingga kini dia tidak tahu di mana isterinya berada.

Ujar Indra lagi, dia amat menyintai isterinya sampai mati dan telah menikahi isterinya selama 17 tahun lamanya. Mungkin sudah tiada jodoh antara dia dan isterinya yang sehingga kini tinggalkan dia bersama anak-anaknya serta dia tidak tahu ke mana isterinya telah pergi.


Indra juga memberitahu menerusi video terbabit, dia ingin meninggalkan rakaman video pembunuhan dirinya kepada isteri beliau agar boleh dibuat kenang-kenangan.

Liputan6 juga melaporkan bahawa polis juga telah mengesahkan bahawa Indra adalah seorang penduduk dari daerah Jagakarsa, Jakarta.

Di bawah ini adalah rakaman video ucapan dari Indra  sebelum berlaku kematiannya yang dikongsikan oleh Lambe Turah, manakala rakaman ketika Indra melakukan perbuatan itu telah dipotong di atas sebab-sebab tertentu.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts

Copyright © Oh! Semput 2018