TUNJUK perasaan aman membantah kehadiran tentera Amerika di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Filipina bertukar ganas apabila pihak Polis negara itu bukan sahaja menggunakan gas pemedih mata, malah melenyek beberapa penunjuk perasaan menggunakan Van Polis.
Banyak rakaman video tersebar menyaksikan tindakan ganas anggota polis yang dilihat memandu secara ke depan dan mengundur sebuah van dengan laju di tengah-tengah kepadatan ramai penunjuk perasaan.
Antara video yang menjadi viral ialah rakaman seorang wanita dilenyek dan terseret sejauh beberapa meter di bawah Van Polis ketika tunjuk perasaan tersebut.
Kejadian itu dilaporkan mula terjadi selepas orang ramai memukul kenderaan polis berkenaan menggunakan kayu 'baton' yang sebelum itu telah dirampas daripada Polis anti rusuhan.
Sekurang-kurangnya 3 aktivis pelajar dihantar ke hospital akibat menjadi mangsa rempuhan tersebut kata Renato Reyes yang mengetuai tunjuk perasaan itu.
"Walaupun Presiden melaungkan dasar luar yang bebas, Polis Filipina masih bertindak bagaikan anjing Amerika," kata Reyes mengulas tentang kejadian tersebut.
Protes anti Amerika Syarikat dilaporkan sedang hangat berlangsung di banyak kawasan di Filipina. Bulan lalu, enam orang dilaporkan ditangkap kerana menyertai protes sama depan kedutaan tersebut.
Pada bulan Jun, sekumpulan siswa di Manila berkumpul membantah EDCA sambil membakar bendera bendera Amerika Syarikat. — EdisiRakyat.com, 20 Oktober 2016
Gergasi infrastruktur digital global, Vertiv, baru-baru ini mengumumkan pembangunan keupayaan kembar digital (digital twin) fizikal bersepadu pertama menerusi sistem Vertiv SmartRun yang diintegrasikan ke dalam pelan tindakan (blueprint) NVIDIA Omniverse
Warga Rohingya yang sebelum ini pernah menyewa di flat haram di Sungai Tekali mendakwa kediaman berkenaan ditawarkan sendiri oleh pemilik tanah sejak 2019.Menurut laporan, pemilik tanah dipercayai menyewakan hampir 30 unit kediaman yang dibina secara har
Seorang guru lelaki berusia lingkungan 30-an ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun dalam kejadian yang didakwa berlaku di sebuah hotel di Kuala Terengganu pada awal
Pelakon dan usahawan Abby Abadi tampil meluahkan rasa berang selepas seorang individu mendakwa ibu kepada mangsa rogol yang sebelum ini dibantunya sedang menjalankan scam dengan meminta sumbangan daripada orang ramai.Menerusi satu hantaran di media sosia
KUANTAN: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang menjalankan siasatan susulan kemalangan melibatkan sebuah lori tangki membawa asid hidroklorik (HCL) berhampiran Jambatan Cherating di sini, semalam.JAS dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima aduan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan yang mengaitkan Datin Seri Rosmah Mansor dengan pembelian sebuah hartanah mewah bernilai AS$13 juta atau kira-kira RM52.6 juta di New Jersey, Amerika Syarikat.Ketua Polis Negara m
HONOR Malaysia secara rasmi memulakan jualan tablet produktiviti paling canggihnya, HONOR MagicPad 4, di seluruh negara.Menarik perhatian pasaran, gergasi teknologi ini mempertaruhkan inovasi Dwi-OS Android + Linux pertama dalam industri melalui ciri Lin
“Emak tak buang Fatin, emak maafkan Fatin Fatin anak emak dunia akhirat, adik-beradik pun tak buang Fatin.”Demikian luahan Aminah Haniffa, 56, ibu kepada Fatin Syazwani Ishak, isteri kepada pempengaruh Prince Syed, selepas prosiding di Mahk
KUANTAN: Keputusan bekas calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Muadzam Shah, Jaafar Mustafa, untuk kembali menyertai UMNO tidak menjejaskan kekuatan PAS dan PN di kawasan itu, kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pahang,
PUTRAJAYA: Tidak hanya kehilangan tanah adat yang diwarisi sejak nenek moyang, masyarakat Orang Asli mendakwa hak mereka sebagai penduduk asal semakin dipinggirkan oleh kerajaan.Pengerusi Jawatankusa Badan Bertindak Tanah Adat Pos Simpor, Gua Musang