by Oh! Semput
Purata harian pengguna di Amerika Syarikat (AS) yang memadam aplikasi TikTok kini dilaporkan meningkat hampir 150% sejak syarikat itu mengumumkan operasinya akan ditempatkan di bawah entiti baharu.
Untuk rekod, usahasama yang dikenali sebagai TikTok USDS Joint Venture LLC beroperasi sebagai sebuah entiti bebas dengan lembaga pengarah tujuh ahli, majoritinya warga AS. Data pengguna AS pula akan dilindungi dalam persekitaran awan Oracle di negara itu.
Dari segi pemilikan, ByteDance kini memiliki 19.9% pegangan dalam usahasama tersebut. Tiga pelabur pengurusan iaitu Silver Lake, Oracle dan MGX masing-masing memegang 15% pemilikan.
Susulan perubahan pemilikan dan kebimbangan terhadap dasar privasi, sebahagian pengguna mula mencari platform alternatif. Salah satu aplikasi yang semakin mendapat perhatian ialah UpScrolled.
Sehingga artikel ini ditulis, UpScrolled berada di kedudukan ke-4 secara keseluruhan dan di tempat kedua dalam kategori rangkaian sosial dalam Apple App Store di Amerika Syarikat.
No ad budget. No big tech backing. Just you.
SUMBER ASAL
![]()
Leave a Comment:
Related News