by Oh! Semput
Menteri Manusia, Datuk Seri R Ramanan mendakwa wujud ‘ejen’ yang sengaja cetus provokasi perkauman dan agama, dan isu itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet esok.
Memetik laporan daripada Harian Metro, beliau menegaskan perkara ini penting supaya tindakan tegas dapat diambil terhadap individu yang cuba menimbulkan ketegangan kaum dan agama di negara ini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan pihak berkuasa sudah mengambil tindakan awal termasuk tangkapan beberapa individu yang dipercayai terbabit, sementara siasatan polis sedang dijalankan sebelum tindakan lanjut oleh Jabatan Peguam Negara.

Ujarnya, tindakan tegas terhadap mereka yang menyalahgunakan isu berkaitan kaum, agama dan institusi diraja (3R) penting bagi mengekalkan keharmonian negara.
Walau bagaimanapun, Ramanan enggan mendedahkan identiti individu terbabit bagi mengelakkan mereka mendapat perhatian berlebihan.

Artikel lain: Ramanan dedah wujud ejen provokasi cetus ketegangan kaum – “Jika ada isu, ikut saluran betul..”
Kenyataan tersebut dibuat sewaktu ditemui selepas Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) dan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) serta Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
: Harian Metro (Muhamad Lokman Khairi)