by Oh! Semput
SEBAGAI artis yang menjadi idola masyarakat, Najip Ali serta rakan-rakan artis Singapura seharusnya menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat.
Mereka perlu juga menghormati pemimpin negara ini yang dipilih oleh rakyat melalui sistem “demokrasi”.
Menghina pemimpin Malaysia ibarat menghina rakyat Malaysia.
Selain itu, artis-artis ini terutama Najip Ali yang banyak mendapat rezeki melalui rancangan TV Malaysia, seharusnya perlu bersyukur dan berterima kasih.
Jika dibandingkan penduduk Malaysia berjumlah 31.7 juta dengan penduduk Singapura yang hanya 5 juta orang, perkembangan kerjaya beliau sebagai seorang artis di Malaysia amatlah relevan.
Sikap hormat menghormati sesama jiran perlulah dipupuk dan dijadikan contoh kepada anak-anak kita.
Walaupun orang Singapura, Najip pun orang Melayu yang sepatutnya peka dengan adat menghormati jiran tetangga.
Cuba bayangkan jika kita sebagai ibu bapa selalu menghina jiran sebelah di hadapan anak-anak, adakah kita menunjukkan contoh teladan yang baik?
Adakah Najip Ali dan rakan-rakan artisnya menjadi ibu bapa dan jiran yang baik?.
Jika di bandingkan tindakan Singapura memenjarakan Amos Yee, remaja Singapura yang hanya menghina presiden Lee Kwan Yew, beliau perlu melarikan diri ke USA untuk mendapatkan suaka politik, Najip Ali dan rakan-rakannya perlu bersyukur kerana Kerajaan Malaysia tidak bersikap sedemikian rupa.
Bak kata pepatah “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”, “nasi sudah menjadi bubur” itulah perumpamaan paling sesuai untuk Najip Ali dan rakan-rakannya walaupun permohonan maaf telah disuarakan, namun kata-kata mereka kepada pemimpin no 1 Malaysia sememangnya telah menguris hati rakyat Malaysia.
Walau apa pun isu yang melanda Najib Razak pada ketika ini, sebagai jiran terdekat, Najip Ali dan rakan-rakanya tidak berhak memperkecil-kecilkan Perdana Menteri Malaysia yang telah dipilih rakyat.