by Oh! Semput
“A recent survey found that the majority of Malaysians appreciated the government’s effort to provide subsidy through 1Malaysia People’s Aid (BR1M) 2017 and that is not a form of bribery as claimed by some”.
– Malaysiakini (24/3/2017)
PROGRAM Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kini telah memasuki tahun kelima perlaksanaannya, dengan jumlah penerima dan agihan kerajaan terus meningkat saban tahun. Penambahbaikan dibuat terhadap BR1M2017 bagi memastikan hasil kerajaan yang diterima melalui pengurangan subsidi diagihkan semula kepada gologan sasar secara lebih bersistem, adil dan saksama. Kadar bantuan juga dinaikkan sehingga RM1,200 bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, manakala pemberian bantuan disalurkan secara berperingkat bertujuan membantu golongan sasar mengurangkan beban perbelanjaan akibat peningkatan kos sara hidup.
Kajian yang dibuat beberapa badan bebas menunjukkan majoriti rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat menyokong program bantuan rakyat ini dan mahu perlaksanaannya terus dikekalkan. Namun persoalannya, apakah rakyat memahami dengan jelas rasional disebalik pemberian bantuan ini? Selama ini negara kita mengamalkan sistem subsidi pukal yang bersifat tidak adil dan tidak seimbang, di mana manfaat subsidi tajaan kerajaan ini akan dinikmati sama rata oleh semua golongan, termasuk golongan miskin, kaya, peniaga, warga asing dan sebagainya.
Golongan berpendapatan tinggi akan menikmati jumlah subsidi yang lebih tinggi berbanding golongan berpendapatan rendah jika sistem lama ini terus diamalkan. Kelemahan ini hanya dapat diatasi dengan mengambilkira tahap ekonomi individu tersebut, lalu kerajaan menggantikan sistem sedia ada kepada sistem subsidi bersasar yang lebih telus dan adil. Pemansuhan pemberian subsidi yang dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan kepada tunai bagi individu yang layak, iaitu golongan berpendapatan rendah, maka program BR1M diperkenalkan.