by Oh! Semput
Vivo telah melancarkan siri baharu X500 yang terdiri daripada tiga model iaitu X500, X500 Pro dan X500 Pro Max. Ketiga-tiganya merupakan telefon mercu dengan spesifikasi berkuasa sesuai untuk pengguna yang mementingkan kualiti kamera serta prestasi premium yang konsisten.

Vivo X500 Pro Max hadir dengan paparan sebesar 6.85 inci 2K ZEISS Master Color Display 144Hz, dilapisi Armor Glass serta menyokong Dolby Vision dan Ultra XDR. Peranti ini turut dikuasai oleh cip MediaTek Dimensity 9600 Pro dengan pilihan memori 12GB RAM serta storan sehingga 1TB.

Sistem kamera utama menggunakan sensor telefoto 200MP Samsung HP0 dengan teknologi ZEISS APO serta penstabilan gimbal CIPA 7.0. Ia dipadankan dengan sensor kedua 50MP Sony LYT910 yang hadir bersama OIS dan gimbal tiga paksi pada jarak fokus 24mm. Turut disertakan kamera ultra‑lebar 50MP dengan jarak fokus 15mm manakala kamera swafoto 50MP melengkapkan sistem fotografi premium peranti ini. Sokongan telekonverter sehingga 400mm juga tersedia.

Peranti ini turut dilengkapi bateri 7,800mAh dengan sokongan pengecasan pantas 90W berwayar serta 40W nirwayar. Ia juga menjalankan sistem operasi terkini OriginOS 7 berasaskan Android 17 bersama pelbagai ciri berguna seperti Origin Workbench, Fluid Motion, Seamless Interaction, Shake and Share, Vivo Office Kit dan banyak lagi.

Vivo X500 Pro pula menggunakan paparan AMOLED 6.36 inci dengan kadar segar semula 144Hz bersama sokongan Dolby Vision dan Ultra XDR. Ia dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 9600 Pro serta pilihan memori 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB. Peranti ini turut dilengkapi bateri berkapasiti 6,510mAh dengan sokongan pengecasan pantas 90W dan nirwayar 40W, di samping menjalankan OriginOS 7 yang berasaskan Android 17.


Sistem kamera utamanya menggunakan sensor telefoto 64MP ZEISS APO Camera dengan piawaian CIPA 7.0 di samping sensor utama 50MP yang menyokong Gimbal Grade OIS. Turut disediakan, sensor sudut ultra-lebar 50MP JN5 15mm yang membolehkan rakaman pemandangan lebih luas. Peranti ini juga menyokong teleconverter tambahan 200mm untuk zoom yang lebih jauh. Pada bahagian hadapan, terdapat kamera swafoto 50MP.

Sementara itu, Vivo X500 dilengkapi paparan 6.59 inci ZEISS Master ColorDisplay, dikuasai oleh cip MediaTek Dimensity 9600M dengan padanan memori 12GB RAM serta storan 512GB. Ia turut menggunakan bateri berkapasiti 7500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 90W.




Peranti-peranti ini juga telah melepasi pensijilan SIRIM sekaligus menandakan pelancaran di Malaysia boleh diadakan dalam masa terdekat dengan tarikh rasmi yang akan diumumkan kemudian.