by Oh! Semput
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua anggota Jemaah Menteri memberi penegasan khusus terhadap aspek integriti susulan pendedahan kes salah laku dan rasuah yang membabitkan pengurusan tertinggi jabatan serta agensi kerajaan.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil menyatakan arahan itu termasuk keperluan supaya isu berkaitan penguatkuasaan yang sebelum ini ditegur Perdana Menteri diberi perhatian serius oleh setiap menteri.

Sebelum ini, Perdana Menteri turut memberi amaran keras kepada pimpinan tertinggi agensi penguat kuasa supaya melaksanakan pembaharuan segera, susulan masih wujud kelemahan serius dalam aspek penguatkuasaan, termasuk dalam kes melibatkan jenayah kewangan.
Dengan menetapkan tempoh seminggu, Anwar menegaskan bahawa meskipun kerajaan mencatat pelbagai kejayaan dari segi ekonomi dan pemerintahan sepanjang hampir tiga tahun pentadbiran, usaha penambahbaikan perlu diteruskan dan tidak boleh dipandang ringan.

Mengulas penahanan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) berhubung siasatan isu pengurusan sisa elektronik (e-waste), Fahmi menegaskan kerajaan tidak mencampuri siasatan tersebut.

Artikel lain: Kerajaan tarik balik Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar -Fahmi Fadzil
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.