RayNeo iO Tampil Dengan Gemini, ChatGPT, Claude Dan DeepSeek

by Oh! Semput


4
SHARES
46
VIEWS
Posted on 21 Aug 2026 17:30:21

RayNeo memperluaskan barisan produk realiti terimbuh (AR) pengguna dengan memperkenalkan RayNeo iO Smart Glasses serta siri baharu RayNeo GT dan GT Max, yang dijadual mula dijual pada 4 September 2026.

Antara ketiga-tiga model itu, RayNeo iO tampil sebagai kaca mata pintar berasaskan AI untuk kegunaan harian.

Ia seberat hanya 33 gram dan menggunakan paparan waveguide dengan tahap ketelusan optikal 97%, selain mampu mencapai kecerahan sehingga 1,300 nits pada pandangan pengguna.

Dari segi AI, iO menggunakan RayNeo AI dan Gemini 3.1 Flash Lite. Melalui aplikasi, pengguna turut boleh memilih model lain termasuk ChatGPT, Claude, Gemini dan DeepSeek.

Antara fungsi yang ditawarkan termasuk meringkaskan kandungan mesyuarat, mengenal pasti tugasan susulan, mencadangkan kemas kini kalendar serta menyediakan terjemahan masa nyata untuk 55 bahasa dan 109 variasi loghat. Ia turut mempunyai fungsi teleprompter automatik, empat mikrofon dan sensor konduksi tulang.

Bateri 240mAh pada iO didakwa mampu bertahan sehingga dua hari untuk penggunaan biasa, 18 jam rakaman berterusan atau 6.2 jam terjemahan berterusan. Menariknya, model ini tidak mempunyai pembesar suara terbina di dalam.

Sementara itu, RayNeo GT dan GT Max lebih memfokuskan pengalaman hiburan seperti pawagam peribadi. GT Max menawarkan medan pandangan 59 darjah dengan paparan maya sehingga 307 inci, manakala GT menyokong paparan sehingga 231 inci.

Kedua-duanya turut dilengkapi sistem empat pembesar suara yang ditala bersama Bang & Olufsen, audio spatial serta penjejakan 3DoF. Dengan RayNeo Pocket TV Pro, siri GT turut menyokong Dolby Vision secara natif.

RayNeo turut memetik data Counterpoint Research yang menunjukkan syarikat itu menguasai 23.7% pasaran global kaca mata AR pengguna pada suku pertama 2026 berdasarkan jumlah penghantaran.

{suggest}

RayNeo iO Tampil Dengan Gemini, ChatGPT, Claude Dan DeepSeek WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts