Raysha Rizrose Nafi Bersikap Diva, Hanya Mahu Terbaik

by Oh! Semput


14
SHARES
187
VIEWS
Posted on 23 Sep 2016 08:00:02

Pernah terpalit dengan khabar angin bahawa cerewet memilih jurusolek ketika menjalani sesi fotografi atau penggambaran, pelakon Raysha Rizrose menjelaskan perkara sebenar terhadap dakwaan tersebut.

BACA: Raysha Rizrose Mula Berlagak Diva?

“Memang saya pernah mencadangkan nama jurusolek tertentu kerana mengetahui kebolehannya. Saya mengakui risau kalau hasil solekan menampakkan saya tua atau buruk. Namun ini bukan bermaksud saya cerewet dan boleh menerima mana-mana jurusolek,” katanya kepada Harian Metro.

Selain itu, Raysha juga menafikan bahawa dia berlagak diva selain tidak mahu memberi perhatian kepada gosip sedemikian.

“Macam mana boleh kata saya diva, sedangkan saya belum menerima apa-apa anugerah. Saya malas mahu mengambil pusing khabar angin ini dan menganggap pihak yang menyampai sengaja memutar belit cerita,” jelasnya. (rtky/s)

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts