by Oh! Semput
Selepas OnePlus mengumumkan penarikan diri daripada pasaran Amerika Utara dan Eropah hari ini, Realme pula mengesahkan mereka menarik diri daripada pasaran China. Pengumuman dilakukan sendiri oleh pengasas Realme, Xu Qi menerusi laman Weibo beliau.

Realme akan menumpukan sumber ke pasaran luar negara dengan memberi tumpuan kepada prestasi dan permainan, serta membawa teknologi canggih ke dunia. Pembangunan Realme UI juga tidak lagi diteruskan dan digantikan sistem ColorOS yang dibangunkan oleh syarikat induk Oppo. Ini menjadikan semua peranti di bawah payung Oppo termasuk OnePlus akan menggunakan sistem operasi yang sama selepas cuba bergerak sendiri beberapa tahun lalu.
Pelanggan di China masih akan menerima sokongan kemas kini perisian, bantuan pasca pembelian dan mendapatkan gantian peranti selepas ini.