by Oh! Semput
Vivo telah memperlihatkan rekaan kesemua model dalam siri X500 melalui laman web rasmi bersama beberapa produk lain yang bakal dilancarkan pada hari sama. Model X500 Pro Max sudah pun diketahui sebelum ini dan ia meneruskan DNA rekaan konsisten dengan generasi terdahulu dalam siri X.

Sementara itu X500 Pro pula hadir dengan perbezaan kecil pada saiz dan dipercayai lebih kompak berbanding Pro Max. Menariknya Pro Max turut dilengkapi satu butang tambahan di bahagian kiri yang diyakini berfungsi sebagai action button untuk akses pantas ke aplikasi tertentu.
Berbeza dengan versi Pro model X500 standard hadir dengan rekaan tersendiri. Ia menggunakan bonggol kamera memanjang yang menempatkan modul kamera bulat di sudut kiri atas bersama satu lagi bulatan hitam di sebelahnya. Ketiga-tiga model dalam siri ini akan menggunakan sistem kamera ZEISS yang mengekalkan fokus Vivo terhadap fotografi premium.

Satu-satunya yang menjadi tanda tanya ialah skrin hadapan yang mungkin hadir dengan sokongan panel berlubang. Selain telefon pintar Vivo turut mengumumkan pelancaran Watch 6 serta aksesori audio baharu Vivo Buds Clip dalam acara yang sama sekali gus memperluaskan ekosistem produknya.
– X500