Wan Rosdy: Sebanyak 165 Keluarga Di Kem Nuseirat, Semenanjung Gaza Terima Sumbangan Juadah Iftar Pahang4Palestine

by Oh! Semput


10
SHARES
127
VIEWS
Posted on 07 Mar 2026 10:01:56

KUANTAN: Keperitan hidup yang dilalui penduduk Palestin di Semenanjung Gaza terus mendapat perhatian apabila kerajaan negeri Pahang menerusi inisiatif Pahang4Palestine menyalurkan sumbangan juadah iftar kepada penduduk di Kem Nuseirat.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sumbangan juadah iftar tersebut berjaya disampaikan kepada 165 keluarga di kem berkenaan pada minggu pertama Ramadan.

"Pada kali ini, juadah berbuka yang disediakan merupakan nasi bersama ayam goreng.

"Terima kasih kepada para sukarelawan yang telah bertungkus-lumus menyediakan serta mengagihkan juadah ini kepada keluarga-keluarga di sana," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Jumaat.

Wan Rosdy memberitahu, walaupun sumbangan yang diberikan mungkin kelihatan kecil, ia membawa makna besar kepada mereka yang sedang berdepan kesukaran hidup.

“Semoga setiap suapan yang dinikmati menjadi saksi kasih, tanda solidariti dan doa yang tidak pernah putus daripada rakyat Pahang buat saudara-saudara kita di Gaza yang dihimpit kesukaran hidup,” ujarnya. #SinarHarian

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts