by Oh! Semput

DUNIAVIRAL.COM – Kerajaan Kurdish dan Tindakan Krisis Antarabangsa (Crisis Response International) sedang bekerjasama untuk menyediakan rumah selamat untuk wanita yang ditangkap oleh ISIS.
Staff CRI memberi khidmat penuh kasih saying untuk melihat setiap wanita yang tinggal di sini kembali pulih sepenuhnya. Melalui program 10 hari, wanita-wanita tersebut boleh berada di tempat selamat untuk berkongsi cerita duka lalu mencari harapan untuk masa depan. Ramai di antara wanita muda di sini berkata bahawa sebelum mereka menyertai program tersebut, mereka merasa kotor dan sangat malu.
Namun selepas melalui program yang disediakan, mereka berasa suci dan mula berharap untuk kehidupan yang lebih baik. Lebih daripada 3,000 orang Yazidi masih di dalam tahanan ISIS.
Dalam video ini, wanita Yezidi menyanyi tentang rumah kediaman mereka di Sinjar.