Rumah terbakar, nenek mengesot selamatkan diri

by Oh! Semput


3
SHARES
44
VIEWS
Posted on 15 Jun 2017 13:00:37

Rumah yang didiami pasangan warga emas bersama anak dan cucu mereka di Felcra Bukit Tandak hangus dijilat api. Foto ihsan Facebook/Rantau Panjang PostRumah yang didiami pasangan warga emas bersama anak dan cucu mereka di Felcra Bukit Tandak hangus dijilat api. Foto ihsan Facebook/Rantau Panjang PostRANTAU PANJANG, 15 Jun — Seorang warga emas terpaksa mengesot untuk menyelamatkan diri apabila rumahnya terbakar.

Rafiah Awang, 56, yang tidak boleh berjalan akibat penyakit kencing manis, mengesot dalam keadaan sakit, lapor Sinar Harian.

Beliau dikejutkan anaknya dari tidur ketika kebakaran di rumahnya di Felcra Bukit Tandak di sini, jam 9.15 malam semalam.

Suaminya, Ali Dollah, 66, ketika itu berada di masjid berdekatan untuk solat tarawih, bimbangkan keselamatan Rokiah dan tiga cucunya yang kecil.

“Sampai sahaja di rumah, saya lega kerana isteri, empat anak dan tiga cucu saya terselamat,” katanya. 

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts