by Oh! Semput
Samsung Galaxy S26, S26+ Dan S26 Ultra mula menerima kemas kini One UI 9 yang berasaskan Android 17 di Korea Selatan hari ini. Di Korea Selatan, saiz kemas kini secara OTA ini ialah sekitar 650MB dengan ia diberikan selepas ujian Beta dimulakan pertengahan tahun ini.

Dengan One UI 9, siri Galaxy 26 menerima ciri seperti My FanCam, Now Nudge, Now Brief dipertingkatkan serta beberapa lagi ciri baharu pada Creative Studio, Interpreter, Document Scan, dan Voice Recorder. Kesemua ciri ini adalah sama seperti yang diterima Galaxy Z Fold8, Galaxy Z Fold8 Ultra, Galaxy Z Flip8 dan Galaxy S26 FE.
Biasanya peranti di Malaysia akan menerima kemas kini dalam masa dua minggu selepas di berikan kepada pengguna di Korea Selatan. Kami akan laporkan kepada anda apabila kemas kini One UI 9 tiba di Malaysia. Siri Galaxy S26 ialah gelombang pertama peranti menerima sistem operasi terkini sebelum diberikan kepada siri Z Fold7 dan Galaxy A.