Samsung Memperkenalkan Modem LTE Baru Dengan Kelajuan Maksimum 1.2Gbps

by Oh! Semput


6
SHARES
81
VIEWS
Posted on 01 Aug 2017 11:00:46

Samsung telah memperkenalkan cip pemprosesan Exynos 8895 pada bulan March yang lepas dalam mendatangkan alternatif kepada Snapdragon 835, cip pertama yanng membawakan sokongan kelajuan 1Gbps.

Kini Samsung telah memberi penambahbaikkan kepada cip 8895 dengan teknologi Cat.18 6CA pada kelajuan muat turun 1.2Gbps.

Syarikat daripada Korea telah berkerjasama dengan Anritsu, iaitu sebuah syarikat telekomunikasi yang menyemak pembekal peralatan untuk menjaga kualiti cip yang dihasilkan. Dengan penambahbaikkan kelajuan sebanyak 20% ini, secara teorinya pengguna dapat memuat turun movie HD dalam masa 10 saat.

Menurut Samsung, teknologi baru ini akan mula dibuat pada penghujung tahun ini. Namun belum dapat dipastikan sama ada modem Cat.18 ini akan hadir bersama Galaxy Note 8 yang dijadualkan pelancarannya pada 23 Ogos.

: Samsung Newsroom

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts